Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya pengguna lebuh raya. Seperti yang anda sedia maklum, tidak lama lagi lebuh raya di kawasan Lembah Klang akan dilengkapi dengan lorong Radio-Frequency IDentification (RFID). Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar Tag RFID Touch ‘n Go.
Sasaran RFID dilancarkan secara rasmi adalah pada bulan Januari 2019. Sehubungan dengan itu, para pengguna hendaklah mendaftar tag RFID Touch ‘n Go bagi memantau baki dan menambah nilai.
Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go (Radio-Frequency IDentification)
Berikut dikongsikan Cara Pendaftaran Tag RFID Touch ‘n Go beserta maklumat lain berkaitan RFID.
Apakah RFID? | |
1 | Singkatan nama kepada Radio-Frequency IDentification (IDentifikasi Radio Frekuensi). |
2 | Teknologi yang diterima secara global yang digunakan dalam sistem pembayaran elektronik. |
3 | Sistem RFID menggunakan cip Frekuensi Radio yang terkandung pada pelekat yang dipasang pada kenderaan. |
4 | Pelekat yang unik untuk setiap kenderaan, akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet yang membolehkan pengguna memantau baki mereka dengan mudah dan dapat melakukan tambah nilai secara atas talian melalui perbankan atas talian dan kad debit/kredit. |
5 | Ia juga menawarkan pilihan tambah nilai secara luar talian yang mana membolehkan penggunaan nombor pin (soft pin). |
Fasa Percubaan RFID | |
1 | Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengguna awal fasa percubaan RFID, sila lawati laman web berikut untuk mendaftar bermula 8 Ogos 2018: |
TNG eWallet | |
1 | Untuk menggunakan Touch ‘n Go (TNG) eWallet, pelanggan mesti memuat turun TNG eWallet dan mendaftar bermula 3 September 2018. |
2 | Pelanggan masih dapat menggunakan kad TNG dan MyKad untuk membuat pembayaran tol seperti biasa. |
SmartTAG | |
1 | Peranti SmartTAG sedia ada masih boleh digunakan di semua lebuhraya. |
2 | Selaras dengan rancangan pelancaran sistem RFID, TNGSB tidak lagi menjual peranti SmartTAG berkuatkuasa 8/8/2018 di semua agen yang sah. |
Lebuhraya Yang Dilengkapi Dengan Lorong RFID (Lembah Klang) | |
1 | Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) |
2 | Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) |
3 | Lebuhraya Kamuning – Shah Alam (LKSA) |
4 | Lebuhraya Cheras -Kajang (GRANDSAGA) |
5 | Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU) |
6 | Lebuhraya Shah Alam (KESAS) |
7 | Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK) |
8 | Lebuhraya Maju (MEX) |
9 | Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) |
10 | Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART) |
11 | Lebuh Pantai Baharu (NPE) |
12 | Lebuhraya Besraya (BESRAYA) |
13 | Lebuhraya Sistem PEnyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) |
14 | Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) |
15 | Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) |
16 | Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) |
Maklumat Lanjut | |
1 | Lawati laman sesawang www.touchngo.com.my |
2 | Ikuti @MyTouchnGo melalui Facebook dan Twitter. |
3 | SMS TNG <pertanyaan anda> HANTAR ke 36266. |
4 | Emel ke careline@touchngo.com.my. |
5 | Hubungi Touch ‘n Go Careline di 03-27148888. |
Diharap agar perkongsian Cara Pendaftaran Tag RFID Touch ‘n Go dan maklumat berkaitan dapat membantu memudahkan urusan anda. Pandulah dengan berhati-hati di lebuhraya.