Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tawar Diskaun Dan Kompaun Sebanyak 70%. Berita baik buat pengguna jalan raya yang ada mempunyai tunggakan saman atau kompaun JPJ. Bersempena dengan Ulang Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ke 72, JPJ telah menawarkan diskaun saman JPJ dan kompaun dengan kadar sebanyak 70% selama sebulan dari 2 April 2018 sehingga 2 Mei 2018.
Ini merupakan peluang terbaik untuk pesalah menjelaskan saman JPJ dengan segera, namun 5 kesalahan utama melibatkan perkara yang disenaraikan di bawah ini tidak berhak menerima diskaun. Bayaran saman dan kompaun boleh dilakukan di semua kaunter JPJ di seluruh Malaysia bermula pada tarikh yang dinyatakan.
- Cara Semakan Saman Trafik, JPJ Dan AES Online, klik Check Saman
JPJ Tawar Diskaun Saman JPJ Dan Kompaun Sebanyak 70%
Untuk makluman, penawaran diskaun pembayaran saman dan kompaun JPJ dengan kadar 70 % (peratus) adalah pertama kali dtawarkan semenjak JPJ ditubuhkan. Kadar tertinggi diskaun sebelum ini adalah 50%. Pengumuman pengurangan dan diskaun saman JPJ dan kompaun telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Ab Aziz Kaprawi.
TARIKH BAYARAN DISKAUN SAMAN DAN KOMPAUN JPJ 2018 | |
2 April 2018 | 2 Mei 2018 |
Senarai Kesalahan Yang Tidak Dibenarkan Diberikan Diskaun
Untuk perhatian, diskaun saman JPJ dan kompaun sebanyak 70 peratus ini terhad untuk kesalahan jalanraya tertentu sahaja. Lima (5) kesalahan utama yang disenaraikan sebagai tidak layak untuk mendapat diskaun ini adalah seperti berikut :-
Kategori Permohonan |
1. Kesalahan Sistem AWAS |
2. Kompaun AES |
3. Kesalahan ‘Berat Dengan Muatan’ atau BDM (Lebih muatan) |
4. Saman mahkamah |
5. Saman dan kompaun membabitkan warga asing |
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan JPJ termasuk waktu perkhidmatan kaunter, ibu pejabat dan kaunter JPJ di seluruh negara.
Selamat membuat pembayaran saman dan kompuan JPJ yang tertunggak. Adalah diingatkan sekali lagi yang mereka yang berkenaan perlu membyar saman atau kompaun dalam tempoh sebulan mulai 2 April sehingga 2 Mei 2018.