Harga Minyak

Menu
  • Home
  • HARGA TERKINI
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact Us
Home
BERITA
Formula Baru Penetapan Harga Minyak Akan Diumumkan
BERITA

Formula Baru Penetapan Harga Minyak Akan Diumumkan

petrolist

Penetapan Harga Petrol Dan Diesel Di Malaysia Akan Diumumkan. Umum sedia maklum yang harga minyak petrol dan diesel di Malaysia telah ditetapkan secara mingguan bermula dari 30 Mac 2017. Namun menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, satu Formula Baru Penetapan Harga Minyak Akan Diumumkan sebaik rundingan akhir dengan syarikat bahan api selesai minggu hadapan iaitu pada minggu keempat bulan Jun 2017.

Antara lain, formula penetapan harga minyak yang baru adalah bertujuan untuk menstabilkan industri minyak. Mengikut kaedah yang digunakan pada masa sekarang, pengusaha stesen minyak akan mengalami kerugian sekiranya harga bahan api itu terus turun. Mengikut rekod harga petrol dan diesel di Malaysia telah turun untuk 3 minggu berturut dari 1 Jun 2017.

Formula Baru Penetapan Harga Minyak Jun 2017

Formula Baru Penetapan Harga Minyak Akan Diumumkan Minggu Depan

Berikut diantara kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dikongsikan dari Astro Awani.

“Saya sebenarnya sedang mencari satu formula dan insya-Allah akan saya bincang sekali lagi dengan syarikat-syarikat petrol.

Tambah Hamzah, beliau telah pun berbincang dengan Kementerian Kewangan selepas bertemu dengan pihak syarikat bahan api minggu lepas.

“Jadi minggu depan ialah perbincangan akhir dengan syarikat minyak dan saya akan umumkan bagaimana cara untuk menstabilkan industri ini.

“Kita beri kaedah menang-menang kepada semua orang. Kepada syarikat minyak, kepada pengedar dan juga kepada rakyat yang ada dalam negara kita,” kata Hamzah.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat juga akan memahami tekanan yang dihadapi 3,500 pengusaha stesen minyak di seluruh negara apabila harga minyak berterusan turun.

Adalah diharapkan semoga Formula Baru Penetapan Harga Minyak yang akan diumumkan nanti memberi faedah kepada pihak yang berkitan terutama para pengguna dan pengusaha pami minyak.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Serangan Amerika Di Syria Mungkin Beri Kesan Harga Minyak Dunia

Serangan Amerika Di Syria Dan Harga Minyak Dunia

Formula Baru Penetapan Harga Minyak Jun 2017

Harga Minyak Mac 2025 Petrol Diesel Terkini

Leave a Reply

Cancel reply

Terkini

  • Harga Tol LINKEDUA (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
  • Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
  • Cara Daftar Tag RFID Touch ‘n Go

Berkaitan

  • Diskaun Saman JPJ Dan Kompaun 70%
  • Serangan Amerika Di Syria Dan Harga Minyak Dunia
  • TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2022 Jadual Perjalanan

Harga Minyak

Copyright © 2025 Harga Minyak
Semakan Harga Minyak Terkini