Harga Buat Lesen Memandu Terkini 2025 (Kereta Dan Motosikal). Berapakah harga lesen memandu kenderaan meliputi kereta atau motosikal untuk tahun 2025? Mengikut peredaran masa di mana semua harga barang meningkat, dengan itu, adalah tidak pelik jika harga lesen memandu kenderaan terkini juga meningkat mengikut keadaan ekonomi semasa.
Dikongsikan harga bayaran keseluruhan Pembelajaran dan Latihan (harga buat lesen memeandu) untuk mendapatkan lesen memandu bagi kategori kelas lesen motosikal atau kereta terkini yang berdasarkan kepada struktur kadar harga yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu (Sekolah Memandu).
Harga Lesen Memandu Terkini Tahun 2025
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Terkini 2025 (Kereta Dan Motosikal). Untuk makluman, individu yang sudah mencapai umur 16 tahun/ ke atas boleh mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc.
Manakala bagi individu yang telah mencapai umur 17 tahun dan ke atas, anda boleh mendapatkan lesen memandu kereta sama ada transmisi automatik ataupun manual. Sementara itu, individu yang berhasrat untuk memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun dan ke atas.
Nota : Umur perlu melepasi usia yang dinyatakan mengikut tarikh lahir.
Kadar Bayaran Harga Bagi Pelesenan Pemandu
Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu adalah seperti berikut:
JENIS LESEN | KADAR BAYARAN (RM) | TEMPOH |
LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL) | ||
Kelas A | 2 | 3/6bulan |
Kelas B2 (tunggal) | 2.00/4.00 | 3/6 bulan |
Kelas B/C | 20.00/40.00 | 3/6bulan |
Kelas D dan lain-lain | 30.00/60.00 | 3/6 bulan |
LESEN PERCUBAAN (PDL) | ||
Kelas A/A1 | 2 | 2 tahun |
Kelas B2 (tunggal) | 2 | 2 tahun |
Kelas B/C | 40 | 2 tahun |
Kelas D/E/F/G/H/I | 60 | 2 tahun |
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL) | ||
Kelas A/A1 | 2 | 1 Tahun |
Kelas B2 (tunggal)/B/C | 20 | 1 tahun |
Kelas D /E/F/G/H/I | 30 | 1 tahun |
LESEN MEMANDU VOKASIONAL | ||
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON | 20 | 1 tahun |
Permit Memandu Antarabangsa (IDP) | 150 | 1 Tahun |
Salinan Lesen Memandu | 20 | – |
Cabutan Maklumat Lesen Memandu | 10 | – |
Pindaan Maklumat Lesen Memandu | 10 | – |
Tambah Kelas Lesen Memandu | 5 | – |
Kelas Lesen Motosikal Dan Kereta
Kategori | Kelas |
Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc | B2 |
Lesen Motosikal Melebihi 500 cc | B |
Lesen Kereta Transmisi Manual | D |
Lesen Kereta Transmisi Automatik | DA |
Anggaran Kadar Bayaran Yuran Ambil Lesen Kereta Atau Motosikal
Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut Kelas. Sebagai makluman, harga maksimum (harga munasabah) adalah tidak melebihi RM450 (lesen motosikal B2), RM1,100 (lesen motosikal B), RM1,300 (lesen kereta D) dan RM1,500 (lesen kereta DA).
Sekiranya Institut Memandu yang dikunjungi oleh anda menetapkan harga melebihi paras anggaran harga maksimum seperti dinyatakan atau tidak munasabah lebih baik anda membuat tinjauan harga di institut memandu lain yang mungkin lebih murah kadar bayarannya.
Kebanyakan Institu Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran juga boleh dibuat secara penuh (lump-sum). Manakala tarikh jadual belajar serta dan latihan boleh dipilih (ditempah) oleh anda sendiri.
Harga Buat Lesen Memandu Terkini Kereta Dan Motorsikal
Kategori | Harga Anggaran |
Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc | RM 350 hingga RM 450 |
Lesen Motosikal Melebihi 500 cc | RM 900 hingga RM 1,100 |
Lesen Kereta Transmisi Manual | RM 1,150 hingga RM 1,300 |
Lesen Kereta Transmisi Automatik | RM 1,250 hingga RM 1, 500 |
- Perbandingan harga lesen boleh dirujuk di Senarai Harga Lesen Mengikut Lokasi
- Harga yang dikenakan mungkin melebihi harga paras anggaran kerana turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan
- Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau berperingkat dan juga boleh dibuat secara penuh
- Tarikh jadual pembelajaran dan latihan boleh ditempah oleh anda sendiri
Semoga perkongsian Harga Lesen Memandu Terkini 2025 ini memudahkan anda mengetahui harga terkini lesen memandu kenderaan anda.