Panduan buat para pengguna Lebuhraya Senai Desaru yang ingin ke destinasi seperti Pengerang, Senai, Ulu Tiram dan Pasir Gudang. Berikut dikongsikan senarai harga Tol Lebuhraya Senai Desaru buat rujukan mereka yang menggunakan lebuhraya yang dikenali sebagai SDE Highway. Kali terakhir, kadar tol dinaikkan adalah pada 15 Oktober 2015 dimana Senai-Desaru Expressway Berhad mengumumkan kadar harga tol baharu melibatkan empat plaza tol kendaliannya iaitu Plaza Tol Senai, Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar. Di mana ia melibatkan kenderaan kelas satu hingga empat dengan kadar kenaikan antara 80 sen sehingga RM4.70. Walaubagaimanapun, kenaikan ini tidak melibatkan kenderaan kelas lima.
Kenderaan Kelas 1 telah mengalami kenaikan harga tol dari 80 sen hingga RM2.30. Kelas 2 iaitu lori kurang daripada satu tan mengalami kenaikan dari RM1.20 hingga RM3.50, Manakala Kelas 3 (lori besar dan treler) pula naik dari RM1.50 hingga RM4.70 dan Kelas 4 (teksi) pula mengalami kenaikan 40 sen hingga RM1.20.
Harga Tol Lebuhraya Senai Desaru (SDE Highway)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Tol Lebuhraya Senai Desaru melibatkan plaza tol keluar dan plaa tol masuk:
A. Plaza Tol Keluar : Senai
Bil. | Plaza Tol Masuk | Ulu Tiram | Cahaya Baru | Penawar |
1 | Kelas 1 | RM4.50 | RM9.20 | RM13.50 |
2 | Kelas 2 | RM6.80 | RM13.80 | RM20.20 |
3 | Kelas 3 | RM9 | RM18.40 | RM27 |
4 | Kelas 4 | RM2.30 | RM4.60 | RM6.80 |
5 | Kelas 5 | RM2.80 | RM5.70 | RM8.40 |
B. Plaza Tol Keluar : Ulu Tiram
Bil. | Plaza Tol Masuk | Senai | Cahaya Baru | Penawar |
1 | Kelas 1 | RM4.50 | RM5.60 | RM9.90 |
2 | Kelas 2 | RM6.80 | RM8.50 | RM14.90 |
3 | Kelas 3 | RM9 | RM11.30 | RM20 |
4 | Kelas 4 | RM2.30 | RM2.80 | RM5.00 |
5 | Kelas 5 | RM2.80 | RM3.50 | RM8.40 |
C. Plaza Tol Keluar : Cahaya Baru
Bil. | Plaza Tol Masuk | Senai | Ulu Tiram | Penawar |
1 | Kelas 1 | RM9.20 | RM5.60 | RM7.20 |
2 | Kelas 2 | RM13.80 | RM8.50 | RM10.80 |
3 | Kelas 3 | RM18.40 | RM11.30 | RM14.40 |
4 | Kelas 4 | RM4.60 | RM2.80 | RM3.60 |
5 | Kelas 5 | RM5.70 | RM3.50 | RM4.50 |
D. Plaza Tol Keluar : Penawar
Bil. | Plaza Tol Masuk | Senai | Ulu Tiram | Cahaya Baru |
1 | Kelas 1 | RM13.50 | RM9.90 | RM7.20 |
2 | Kelas 2 | RM20.20 | RM14.90 | RM10.80 |
3 | Kelas 3 | RM27 | RM19.90 | RM14 |
4 | Kelas 4 | RM6.80 | RM5.00 | RM3.60 |
5 | Kelas 5 | RM8.40 | RM6.20 | RM4.50 |
Kelebihan Lebuhraya Senai Desaru E22
Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan E22. Antaranya adalah:
- Perkhidmatan panggilan kecemasan di setiap 2 km di sepanjang lebuhraya E22.
- Perkhidmatan percuma Pasukan Keselamatan E22 yang sentiasa mengawasi, memantau dan membantu pengguna lebuhraya 24 jam sehari.
- Skop perkhidmatan adalah terhad kepada pembaikan kecil dan perkhidmatan tow ke plaza tol atau kawasan Rehat dan Rawat berhampiran dan hanya tertakluk kepada kenderaan Kelas 1 dan Kelas 4 sahaja.
- Lebuhraya E22 menghubungkan anda terus dengan laluan ke Lapangan Terbang Senai dan merupakan jalan terpantas dari arah Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Penawar / Desaru.
- Menyediakan kawasan Rehat & Rawat untuk keselesaan pengguna lebuhraya.
Sumber: E22
Diharap agar perkongsian Harga Tol Lebuhraya Senai Desaru dapat memberi manfaat buat semua. Selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya.