Harga Tol Di LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2). Panduan buat pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2. Berikut dikongsikan Kadar Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2 untuk rujukan semua. Harga tol LPT2 untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 dari Jabor, Pahang ke Kg Gemuroh, Terengganu telah dikuatkuasakan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam).
LPT2 merupakan sebuah lebuhraya 4 lorong dua hala yang dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat (R&R) beserta 2 hentian sebelah. Jarak LPT2 adalah sepanjang 184km laluan/ jajaran. LPT2 telah memendekkan perjalanan diantara Jabor dan Kuala Terengganu sebanyak 2 jam. Manakala perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pula kini dipendekkan dari 7-9 jam ke 4-5 jam sahaja.
Kadar Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2 Semua Kelas Kenderaan
Berikut adalah maklumat jajaran Lenuhraya Pantai Timur 2 termasuk kadar bayaran tol dan lokasi Kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) serta Hentian Sebelah.
Kawasan R&R
- R&R Perasing di KM261
- Paka KM339 arah utara dan selatan
- R&R Ajil KM410.8 Arah Utara dan Selatan
Hentian Sebelah
- Kijal KM297 Arah utara dan selatan
- Bukit Besi KM370 Arah Utara dan selatan
Berikut adalah harga tol yang dikenakan bagi penggunaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) seperti yang dikongsikan dari Laman Web LPT2 Sdn Bhd. Terdapat 10 Plaza Tol di sepanjang LPT2.
Kadar Tol Per Kilometer
- Kelas 1 : 12 sen
- Kelas 2 : 24 sen
- Class 3 : 36 sen
- Kelas 4 : 6 sen
- Kelas 5 : 12 sen
Senarai Harga Tol Di LPT 2 (Semua Kelas Kenderaan)
Berikut adalah 10 plaza tol yang terdapat dan kadar bayaran tol yang dikenakan untuk panduan pengguna lebuhraya.
Plaza Tol Ajil
Bukit Besi
Plaza Tol Cheneh
Cukai
Dungun
Plaza Tol Kuala Terengganu
Plaza Tol Kerteh
Kijal
Plaza Tol Paka
Telemung
Sumber LPT2
Pelaksanakan operasi, penyelenggaraan dan kutipan tol di LPT2 adalah dilaksanakan oleh Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh PLUS Berhad yang telah dilantik oleh kerajaan.
Semoga perkongsian Kadar Tol LPT2 bermanfaat buat pongguna Lebuhraya Pantai Timur 2. Moga anda selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan elakkan memandu laju bagi mengelakkan disaman oleh pihak Berkuasa terutama di lokasi kamera aes di lebuhraya.