Cara Semak Saman PDRM AES JPJ Online. Panduan kepada pengguna jalan raya, anda kini boleh membuat semakan saman tertunggak Tarfik PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ dan AES secara online ataupun menerusi perkhidmatan SMS. Berikut dikongsikan Cara Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online yang ringkas dan mudah.
Perkhidmatan semakan saman ini dapat membantu para pengguna jalan raya yang ingin mengetahui jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Samada saman trafik, JPJ atau Automated Enforcement System (AES) yang dilakukan di jalan biasa atau lebuhraya.
- Harga Minyak Petrol dan Diesel terkini di Malaysia klik Harga Minyak Minggu Ini
- JPJ tawar diskaun untuk pengurangan bayaran saman dan kompaun JPJ
- Cara check saman JPJ/AES dan Trafik PDRM klik check summons
Cara Semak Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online/ SMS
Terdapat beberapa kaedah utama yang selalu digunakan oleh orang ramai dalam membuat semakan saman trafik. Kaedah semakan utama adalah secara online dan SMS yang dapat menyenaraikan kesalahan dengan mudah dan pantas.
A. Semak Saman Trafik Secara Online
Perkhidmatan semakan saman secara online atau atas talian ada disediakan di Tiga Portal di bawah ini. Semakan adalah percuma tanpa bayaran.
1. Portal Rasmi JPJ mySIKAP
Laman semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membolehkan anda untuk membuat semakan saman dan membayar secara online. Namun ianya hanya boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ sahaja.
- Layari laman mySIKAP
- Sila daftar terlebih dahulu sebagai pengguna individu
- Masukkan butiran maklumat yang diperlukan
- Jika pendaftaran berjaya, satu paparan akan dipaparkan
- Log masuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah dicipta
- Buat semakan dan bayaran saman JPJ secara online
2. Portal Rasmi MyBayar Saman
PDRM ingin memudahkan pengguna yang ingin melunaskan bayaran saman secara online dengan melancarkan sebuah aplikasi MyBayar Saman. Aplikasi ni boleh dimuat turun di Google Playstore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery. Aplikasi ini juga boleh dilayari seperti berikut:
- Layari laman MyBayar Saman
- Klik ‘Daftar’ sebagai pengguna baru
- Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat
- Pengguna akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit yang didaftarkan
- Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
- Sistem akan memaparkan saman sekiranya pengguna mempunyai saman
- Klik ‘Bayar’ di butiran saman untuk membuat pembayaran saman tersebut
3. Perkhidmatan MyEG Services
Semakan Saman AES dan JPJ boleh disemak melalui MyEG melalui kaedah berikut :-
- Sila layari laman web https://www.myeg.om.my
- Anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan ini
- Selepas pendaftaran selesai, sila login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda
- Klik eServices pada menu dan sila pilih JPJ untuk menyemak saman AES
- Pilih pautan yang berkaitan untuk membuat semakan saman
- Anda boleh terus membuat bayaran saman
B. Cara Semak Saman PDRM AES JPJ Melalui SMS (Tidak Disediakan)
Perkhidmatan semakan saman melalui SMS tidak disediakan pada masa ini. Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Berikut dikongsikan beberapa cara atau kaedah membuat semakan saman menggunakan perkhidmatan SMS di telefon bimbit anda sebagai rujukan sahaja. Perkhidmatan semakan boleh dibuat menggunakan perkhidmatan mySMS. Caj perkhidmatan untuk setiap penghantaran adalah 15 sen. Caj penerimaan mesej adalah sebanyak 20 sen.
1. Check Saman PDRM / TRAFIK melalui SMS
Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan] dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728
Contoh: POLIS SAMAN 881111122111 atau POLIS SAMAN WE1234A
ATAU SEMAKAN TERPERINCI
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan]<jarak>[Email] dan hantarkan ke 15888 atau 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.
Contoh:
POLIS SAMAN 600152037567 ahmadabu@gmail.com
2. Semak Saman JPJ melalui SMS
Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan] dan hantarkan SMS ke 15888
Contoh: JPJ SAMAN 881111122111 atau JPJ SAMAN WE1234A
Semoga perkongsian Cara check Saman Trafik PDRM JPJ Dan AES Online ini boleh dijadikan panduan buat para pengguna jalanraya. Ikutlah peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan untuk mengelakkan disaman samada memandu laju atau kesalahan lain.
Related : mempunyai saman membayar saman saman jpj secara online sistem semakan online sso diskaun saman semakan status kesalahan jalan raya jabatan pengangkutan jalan status saman