Cara Semak Status Kelayakan Program Subsidi Petrol PSP KPDNHEP Online. Perhatian buat penerima BSH di Malaysia. Adakah anda sudah membuat semakan kelayakan dalam Program Subsidi Petrol yang dikeluarkan oleh KPDNHEP? Anda kini boleh membuat semakan samada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Subsidi Minyak oleh KPDNHEP. Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan Program Subsidi Petrol serta maklumat tambahan mengenainya.
Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar ini telah diumumkan oleh Menteri KPDNHEP pada 7 Oktober 2019 dengan tujuan meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah menerusi pengagihan semula subsidi petrol secara adil dan saksama. Dengan adanya bantuan berbentuk kewangan ini, ia dapat membantu rakyat dalam kos penggunaan petrol harian. Namun, bantuan ini hanya layak untuk diterima oleh rakyat Malaysia di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Terkini 30 Disember 2019
Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu itu bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.
Program Subsidi Petrol (Belanjawan 2020)
Kebelakangan ini, Bajet 2020 atau Belanjawan 2020 telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu YB Lim Guan Eng dan beliau telah mengumumkan beberapa perkara penting berkaitan Program Subsidi Petrol. Maklumatnya adalah seperti berikut:
- Pemilik kenderaan mewah tidak layak menerima bantuan Subsidi Petrol ini
- Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan bermula Januari 2020 di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan iaitu:
- 1. Penerima BSH (B40) yang menepati syarat kelayakan PSP
- 2. Bukan Penerima BSH yang menepati syarat kelayakan PSP
- Penerima BSH akan diberi bayaran subsidi secara pemindahan tunai ke akaun bank penerima untuk setiap empat bulan. Pembayaran pertama akan bermula pada bulan April 2020 (bagi subsidi bertempoh Januari hingga April 2020)
- Bagi yang bukan penerima BSH, bantuan akan disalurkan dalam bentuk Kad95 yang melayakkan mereka menerima subsidi petrol. Kad95 akan diagihkan secara berperingkat bermula suku pertama 2020.
- Kerajaan Malaysia bersedia menerima sebarang permintaan sekiranya Sabah dan Sarawak mahu turut serta menerima bantuan Subsidi Petrol.
Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol Secara Online (PSP)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) yang meliputi objektif program bantuan ini, cara membuat Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol PSP di Portal PSP KPDNHEP serta syarat pemilihan penerima bantuan PSP ini.
Tujuan Program Subsidi Petrol
Kerajaan amat mengambil berat tentang kewangan golongan berpendapatan rendah atau B40. Untuk memastikan hanya golongan yang bersasar layak menerima bantuan ini, data dari pangkal data Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dianalisa dan silang semak secara teliti. Hasil daripada itu, sebanyak 2.9 juta rakyat Malaysia yang akan dipilih untuk menerima bantuan Subsidi Petrol ini. Program ini memberi pelbagai faedah kepada rakyat dan negara seperti info yang dikongsikan di bawah seperti berikut:
Faedah Program Subsidi Petrol | |
1. Negara | |
| |
| |
2. Rakyat | |
| |
| |
| |
| |
|
Syarat Kelayakan Penerima PSP Subsidi Petrol
Berikut adalah syarat untuk menerima bantuan PSP KPDNHEP ini :-
- Penerima sah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tinggal di Semenanjung Malaysia sahaja
- Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang sah
- Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja
- Kenderaan mestilah memenuhi kriteria kapasiti enjin seperti berikut :
Kereta :
- 1600cc dan ke bawah
- Lebih besar daripada 1600cc, berusia 10 tahun dan ke atas
Motosikal :
- 150cc dan ke bawah
- Lebih besar daripada 150cc, berusia 7 tahun dan ke atas
5. Kadar kelayakan bantuan PSP adalah mengikut pemilikan kenderaan seperti berikut :
Cara Semak Status Kelayakan Menerima Bantuan Subsidi Petrol Online
Portal PSP yang disediakan oleh KPDNHEP adalah untuk memudahkan pengguna mengambil tahu lebih tentang program ini. Berikut adalah maklumat tentang program Subsidi Petrol ini :
- Sila layari : Semak Kelayakan PSP Online
- Tarikh Buka Semakan PSP : 15 Oktober 2019
Pengguna boleh membuat Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol melalui Portal PSP KPDNHEP melalui kaedah berikut :-
- Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan
- Tandakan pada ‘Checkbox’ yang ada untuk mulakan semakan
- Klik butang ‘Semak’
- Keputusan kelayakan akan dipaparkan dan anda boleh kemaskini maklumat nombor akaun dengan tekan pada butang ‘Kemas kini’
- Sila pilih nama bank dan masukkan Nombor Akaun Baru.
- Klik pada butang ‘Kemas kini No. Akaun’
- Isikan nombor akaun yang didaftarkan di BSH sebelum ini sebagai langkah pengesahan.
- Tekan pada butang ‘OK’
- Tekan pada ruang ‘Maklum balas’ untuk keluarkan drop-down list yang memaparkan pilihan jenis bantuan untuk dipilih
- Klik ‘Simpan’ untuk selesaikan proses semakan kelayakan
Kadar Subsidi Dan Kaedah Pembayaran Bantuan PSP
Seperti umum sedia maklum, kadar subsidi adalah RM30 sebulan untuk sebuah kereta atau RM12 sebulan untuk sebuah motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi. Bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja.
Bagi penerima yang layak, subsidi petrol dengan jumlah bagi tempoh 4 bulan bermula Januari sehingga April 2020 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima. Jumlahnya adalah RM120 bagi kereta dan RM48 bagi motosikal. Sekiranya terdapat mereka yang layak tetapi tidak mempunyai akaun bank, disarankan agar membuka akaun bank serta mengemas kini maklumat bermula pada 15 Oktober 2019 di portal psp.kpdnhep.gov.my.
Pembayaran PSP akan bermula pada suku pertama tahun 2020 dan tarikh yang tepat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Sebab Kadar Subsidi PSP Dihadkan Kepada RM30 dan RM12 bagi Kereta dan Motosikal
Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap jarak perjalanan yang lazim ke tempat kerja dan keperluan harian di mana jaraknya adalah sejauh 1500 kilometer sebulan atau 50 kilometer sehari, kuota bulanan subsidi petrol dapat ditentukan iaitu sebanyak 100 liter sebulan untuk pengguna kereta dan 40 liter sebulan untuk pengguna motosikal. Kadar subsidi yang ditetapkan untuk kedua-dua jenis kenderaan adalah RM0.30 seliter, iaitu julat kadar subsidi yang dibiayai oleh kerajaan menerusi subsidi pukal buat ketika ini.
Pengapungan Harga Jualan Runcit Petrol RON95
Menurut sumber terkini, petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2.08 hanya sehingga 31 Disember 2019 tahun ini sahaja. Apabila Program Subsidi Petrol bermula Januari 2020, harga Petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran. Di samping itu, ketika tempoh pengapungan semula harga jualan runcit RON95 secara berperingkat tersebut, semua orang masih boleh menikmati subsidi petrol secara pukal (namun subsidi ini adalah pada kadar yang lebih kecil).
Pengecualian PSP di Sabah, Sarawak dan WP Labuan
Kerajaan Malaysia telah mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan yang mempunyai kapasiti enjin besar dan juga ada yang menggunakan diesel. Maka, penerima BSH di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit RON95.
Sehubungan dengan itu, terdapat juga penggunaan petrol di Sabah dan Sarawak yang melibatkan bot kecil dan genset di rumah panjang. Untuk tujuan ini, mereka akan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter. Justeru itu, bantuan tunai PSP hanya diberi kepada penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.
Soalan Lazim PSP
Sekiranya anda tidak layak menerima bantuan PSP, anda boleh membuat rayuan menerusi Portal Rasmi PSP apabila permohonan rayuan dibuka. Kategori rayuan merangkumi pengemaskinian pemilikan kenderaan atau alamat rumah.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Program Subsidi Petrol ini, sila rujuk kepada soalan lazim berkaitan PSP di FAQ.
Diharapkan perkongsian Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol ini bermanfaat kepada semua. Selamat membuat semakan Program Subsidi Minyak Petrol.