Jenis Kelas Lesen Memandu Di Malaysia. Mendapatkan lesen memandu adalah penting buat pengguna jalan raya samada lebuhraya atau jalan biasa. Ianya perlu bagi mereka yang ingin menunggang motorsikal atau memandu kenderaan di Malaysia bagi mengelakkan di saman pihak berwajib. Pengguna perlu mempunyai lesen memandu mengikut Senarai Kelas Lesen Memandu yang dikongsikan di bawah. Jenis kelas memandu ada tertera di Lesen memandu seseorang pengguna.
Kelas lesen memandu yang dikeluarkan ini adalah mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin (cc), jenis penggunaan dan sebagainya. Lesen memandu yang popular di Malaysia dan ramai yang memilikinya adalah kelas B2 dan D.
Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori Kenderaan
Berikut dikongsikan senarai kelas lesen memandu mengikut kategori seperti kapasiti cc engin, jenis penggunaan dan kenderaan. Senarai kelas untuk lesen memandu seseorang ada tertera di lesen memandu seperti berikut:-
- A – Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) BTM tidak melebihi 450kg
- A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500 kg
- B – Motosikal melebihi 500 cc (motrosikal besar)
- B1 – Motosikal tidak melebihi 500 cc
- B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc (kapcai)
- C – Motosikal Tiga Roda (kenderaan jual aiskrim atau roti)
- D – Motokar BTM (berat tanpa muatan) tidak melebihi 3500 kg
- DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
- E – Motokar Berat BTM melebihi 7500 kg
- E1 – Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500 kg
- E2 – Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000 kg
- F – Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000 kg
- G – Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000 kg
- H – Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000 kg
- I – Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000 kg
Lesen Vokasional
GDL – Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang
- B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc – motor posmen dan jual roti/aiskrim
- B Motosikal melebihi 250 cc
- D Lori atau Van Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 3000 kg
- E Lori Bersendi Berat Tanpa Muatan Melebihi 7500 kg. – lori treler.PSV
Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam
- D Van Penumpang / Bas Mini
- D Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa
- E Bas Berat Tanpa Muatan melebihi 7500 kg
Jenis-Jenis Lesen Memandu Di Malaysia
Terdapat lima jenis lesen memandu di Malaysia iaitu seperti berikut :-
Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Memaparkan plat L
Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu akan memperolehi Lesen P
Lesen Memandu Kompeten (CDL)
CDL – Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun.
Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
Khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara. Sumber
Semoga perkongsian Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori ini bermanfaat buat pengguna. Ingat, angan memandu tanpa lesen yang sah di Malaysia.