Lokasi Terkini Kamera AES Di Malaysia. Dimana letaknya lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terkini di Malaysia samada di lebuhraya atau lampu isyarat? Pemasangan kamera AES adalah bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan terutama di lokasi yang kerap berlaku kemalangan. Berikut dikongsikan Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia sebagai panduan dan rujukan buat pemandu kenderaan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem Awas bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang melibatkan kesalahan berkaitan dengan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.
Senarai Lokasi Kamera AES Terkini (Baru Dan Sediada)
Berikut adalah senarai lokasi kamera AES baru dan sediada samada di jalan biasa, Lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat.
Lokasi AES dalam persediaan klik AES Camera
A. Kamera Had Laju (Jalan/ Lebuhraya)
- KM 375.9 Lebuhraya PLUS – Slim River (Arah Utara)
- KM 7 Jalan Maharajalela – Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
- Jalan Ipoh – Butterworth KM 91 (Arah ke Selatan)
- KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
- KM 204.6 Lebuhraya PLUS – Taiping (Arah ke Utara)
- (Puchong ke Kajang) KM 6.6 SKVE
- KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (Arah ke Utara)
- Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
- Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
- KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
B. Lampu Isyarat
- KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
- Jalan Pasir Putih – Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
- (Persimpangan Jalan Sepadu) Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
- Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)
C. Lokasi Baru Kamera AES
- Pagoh : KM 151.4 Lebuhraya PLUS
- KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar
- Kual Krai : KM 17 Gua Musang
- KM96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda
- LPT 2 KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2
- KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2
- KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh
Grafik Lokasi Kamera AES Terkini/ Sediada
A. Lokasi AES Sediada
B. Lokasi Baru AES Di Malaysia
Sumber Facebook JPJ
Apakah Itu AES – Automated Enforcement System?
AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.
Bagaimana AES beroperasi?
AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.
Semoga perkongsian Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia bermanfaat buat semua. Permanduan berhemah dikalangan pemandu akan dapat mengelakkan atau mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia.
Mohd Kamal Bin Haron
Salam Tuan,
Adakah kamera AES berfungsi (tangkap gambar kenderaan melebihi had laju seperti hari siang juga)?
Mohon Pencerahan.
Mohd Kamal Bin Haron
Maaf, soalan x lengkap, tertinggal plak..soalannya adakah kamera AES berfungsi pd waktu malam juga?
Admin
Sistem AES berfungsi 24 jam siang dan malam.