Senarai Kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) PLUS Highway. Dimanakah lokasi Senarai R&R Lebuhraya Utara Selatan? Lebuhraya PLUS merupakan sebuah lebuhraya atau Highway yang sangat maju, moden dan terbaik di dunia. Terdapat banyak kemuduhan yang disediakan disepanjang jajaran dari utara ke selatan termasuk Hentian Rehat dan Rawat atau R&R, Hentian sebelah, restoran jejantas dan motel lebuhraya.
Kawasan Rehat dan Rawat dilengkapi dengan banyak kemudahan buat pengguna lebuh raya. Diantara kemudahan yang terdapat di Lebuhraya Utara Selatan adalah Pam Minyak, tempat makan, tandas, mesin ATM, surau, restoran berhawa dingin dan banyak lagi.
Senarai R&R Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) – Lokasi Kawasan Rehat Dan Rawat
Berikut dikongsikan senarai lokasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang terletak di setiap 80 hingga 100 kilometer lebuhraya. Menurut Laman Web PLUS, kini terdapat sebanyak 24 buah R&R di sepanjang rangkaian lebuh raya PLUS. Jumlah Kawasan R&R adalah sedikit berbanding dengan Hentian Sebelah yang disediakan setiap 25 hingga 50 km. Namun kemudahan yang disediakan di Hentain sebelah adalah kurang sesuai dengan fungsinya untuk pengguna berehat singkat.
R&R Arah Selatan
Berikut adalah senarai lokasi kawasan rehat dan Rawat arah Selatan Lebuhraya PLUS yang memaparkan nama R&R dan lokasi Kilometer:-
- Gurun KM 80.6
- Gunung Semanggol KM 194.6
- Sungai Perak KM 249.3
- Tapah KM 331.2
- Ulu Bernam KM 398.8
- Dengkil KM 23.1
- Seremban KM 274.4
- Ayer Keroh KM 209.9
- Pagoh KM 135.5
- Machap KM 74.7
- Gelang Patah KM 4.9
Hentian Rehat Dan Rawat Arah Utara
- Gurun KM 81.1
- Gunung Semanggol KM 196.0
- Sungai Perak KM 249.3
- Tapah KM 332.3
- Rawang KM 440.0
- Dengkil KM 23.5
- Seremban KM 272.2
- Ayer Keroh KM 205.1
- Pagoh KM 146.6
- Machap KM 74.6
- Gelang Patah KM 5.7
Semoga perkongsian Senarai R&R Lebuhraya Utara Selatan – Kawasan Rehat Dan Rawat bermanfaat buat semua pengguna lebuhraya. Berhati-hati semasa memandu bagi mengelakan dikenakan saman AES di lokasi kamera di sepanjang lebuhraya PLUS.